Bismillah.
Assalamualaikum kepada pembaca sekalian.
![]() |
| ~ emo emosi ~ |
Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian sahabat-sahabat sekalian membaca jurnal pertama saya ini. Tidak ketinggalan ucapan penghargaan saya kepada pensyarah subjek ZT2253, Pengurusan Emosi, Dr. Ahmad Zamri Mansor, atas kesudian Dr. membuka peluang kepada kami semua, pelajar perubatan untuk meninta sedikit pengalaman berteraskan subjek ini di sini. Diharapkan semua pelajar dapat memanfaatkan peluang yang telah diberi ini untuk mengasah bakat penulisan masing-masing di samping bersama-sama mengkaji selok belok pengurusan emosi. Apa yang ingin saya maksudkan di sini, moga-moga semua dapat mengambil ikhtibar dari apa yang dipelajari sama ada di dewan kuliah mahupum di rangkaian internet ini, bukan hanya sekadar merungut semata-mata. Ini hanyalah secolet bikisan luahan hati kecil saya yang ingin menegur diri sendiri ini.
~hahaha..faham ke x~..p sedey
Kembali kepada apa yang ingin diperkatakan berkenaan apa yang telah saya pelajari pada kuliah sesi pertama pada 27/7/2011 yang lepas. Bermulanya kuliah dengan satu tayangan video yang bertajuk "Emotional Theory of Talented Korean". Klip video tersebut yang saya yakin boleh sahaja dimuatturun dari laman youtube, memaparkan perihal peserta rancangan realiti televisyen korea, yang dikenali sebagai Sung-bong berjaya menyentuh hati bukan sahaja juri malah penoton sekeliling. Tidak terlepas jua, warga pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia yang hadir di dalam dewan berkenaan. Sesungguhnya suasana dewan kuliah serta merta berubah, apabila segenap pelajar menumpukan perhatian pada klip video berkenaan. Sung-bong pada awal klip menceritakan kisah hidupnya, yang cukup sempit dan penuh dengan masalah sejak berumur 5 tahun lagi. Kehidupannya yang sedemikian itu mencetuskan inspirasi untuk dia bernyanyi demi melupakan segala kekelumitan hidup yang dihadapi. Tersiratnyer, pembawaan yang dibawa oleh Sung-bong amat mantap, apabila dia berhasil untuk membawa kami semua seolah-olah berada dalam kehidupannya. Para penonton serta juri menitis air mata mendengar kisah beliau. Namun begitu tidak bagi Sung-bong, keberkesanannya mengawal emosi, tidak mengheretnya untuk mengalirkan air mata di atas pentas itu. Inilah yang berjaya menarik perhatian saya, pengawalan emosi yang baik amat penting di kala sekeliling kita terhumban ke dalam kemecuk perasaan. Jujurnya, sukar bagi saya untuk lakukan sedemikian rupa. Tahniah kepada Sung-bong kerana telah mengajarkan saya sesuatu yang bermakna. Bagi pelajar perubatan, aspek pengawalan emosi cukup penting agar kita tidak sama terbawa-bawa perasaan pesakit kita. Sebagai contoh, bila mana kita berhadapan dengan kematian pesakit kita, perlukah kita semua sebagai doktor yang merawat menangis meratapi kematian pesakit kita? Mungkin ya dibelakang, tetapi tidak dihadapan keluarga pesakit. Dengan itu, cukup wajarlah saya katakan bahawa kursus pengurusan emosi ini, amat penting kerana ia sangat berkait rapat dengan kerjaya kita semua.
Tamat sahaja tayangan klip video yang agak syahdu itu, kuliah pengurusan emosi yang pertama bermula dengan topik pertama pengenalan emosi dan diikuti topik kedua struktur dan ekspresi emosi. Dalam topik pertama kami diperkenalkan dengan definisi bagi emosi itu sendiri. Dr. Zamri menerangkan maksud emosi menurut Kleinginna & Kleinginna (1981) yang mengutarakan pendefinisian emosi sebagai suatu set interaksi kompleks di antara subjektif dan faktor objektif dan dibatu oleh sistem hormon dan saraf badan. Ini merangkumi empat elemen iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan akhir sekali perbuatan atau tingkah laku. Inilah yang dijelaskan di dalam kuliah Dr. Zamri. Dia antara empat elemen tersebut, pada mulanya saya kurang memahami berkenaan proses kognitif. Akhirnya, alhamdulillah saya memahami jua. Proses ini adalah satu proses menilai, yakni memuhasabah keadaan yang berlaku mengikut perasaan yang dialami pada masa itu. Secara logiknya, definisi ini dapat diterima. Sebagai contoh, apabila menonton video klip Sung-bong, kesedihan menjalar dalam diri saya (perasaan), ini membuatkan saya berfikir akan kehidupan saya yang serba cukup berbanding kehidupanya yang serba kekurangan (proses kognitif). Hati saya berasa sangat sayu sekali, jantung berdebar-debar apabila saya tiap kali menghayati perasaan Sung-bong (perubahan fisiologi). Akhirnya, menitis jua air mata di kala mengenang kesedihan dan kesusahan hidup Sung-bong (perbuatan). Inilah yang dikatakan emosi. Pendefinisian ini dapat saya terima pakai, kerana selama ini saya hanya beranggapan bahawa emosi itu hanyalah berkait rapat dengan perasaan semata-mata. Akan tetapi tidak sekarang lebih-lebih lagi ianya melibatkan fisiologi tubuh badan seseorang yang mana berkait rapat dengan apa yang kami belajar dalam kursus perubatan.
Seterusnya, emosi juga dikaitkan dengan motivasi. Tapi tidak secara keseluruhannya. Berdasarkan pengalaman saya, hal ini amat bernar dan sekali lagi logik. Bagi saya, semasa membuat persediaan menghadapi peperiksaan, emosi saya cukup bermain-main dalam diri. Perasaan takut pada gagal terutamanya, tapi ini berjaya membangkitkan semangat kerajinan untuk terus berusaha mengulang kaji pelajaran. Inilah motivasi yang saya maksudkan. Apabila kita dapat mengawal emosi dengan baik, insyaALLAH ia akan membantu kita dalam membina diri kita sendiri ke arah kejayaan serta kebaikan bersama. Kemudian kami di ajar berkenaan cara mengukur emosi. Bagi saya, tiap dari kita perlu ada indikator masing-masing untuk mengukur dalam usaha mengawal emosi. Contohnya, kita tahu bila masa kita akan marah atau terlampau marah. Jadi mudah bagi kita untuk mengawalnya agar tidak berlaku pergaduhan sebagai contoh. Dalam nota kuliah seterusnya, diceritakan berkenaan pembahagian emosi iaitu lisan dan pengkajian. Lisan adalah jenis penceritaan emosi dan perasaan yang dialami oleh diri kita sendiri manakala pengkajian adalah proses menilai secarang langsung dan terus menggunakan ukuran fisiologi. Beberapa teori telah dikemukakan seperti Teori Darwin, Plutchik, Tomkin dan Izard.
Ingin saya mulakan dengan teori yang pertama iaitu, Teori Darwin yang menyatakan bahawa emosi terdiri daripada emosi asas yang mana ia diekspretasikan dalam bentuk sama ada semua budaya dan bangsa. Emosi asas atau ‘primary emotion’ adalah emosi yang bersifat penyesuaian. Dalam buku Darwin yang bertajuk "The Expression of the Emotions in Man and Animals", Darwin mengatakan bahawa eksperasi wajah melambangkan emosi kerana eksperasi wajah paling mudah dikenal pasti. Satu bukti yang menarik telah mengukuhkan penyataan ini, 16 soalan tentang emosi diedarkan kepada 36 bangsa yang berbeza dan didapati jawapan adalah sama. Teori-teori lain seperti Teori Robert Plutchik, Silvan Tomkins, Caroll Izard dan Paul Ekman juga menyatakan emosi asas menghasilkan emosi-emosi yang lain.
Kesemua emosi yang wujud adalah gabungan antara emosi-emosi asas (Rolls, 1990). Plutchik pula menyatakan 3 teori bagi emosi asas. Melalui rujukan, apa yang saya dapat adalah, pertama merupakan bahasa emosi, kedua reaksi adaptif asas dan ketiga adalah demensi asas. Bahasa emosi pula boleh dipaparkan dalam 3 bahasa yang berbeza iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkah laku dan bahasa fungsian. Bahasa subjektif merupakan bahasa lazim bagi emosi seperti sedih, gembira dan takut. Bahasa tingkahlaku pula merujuk kepada apakah tindakan susulan dari emosi yang telah diransang seperti menangis dan menutup muka dengan tapak tangan disebabkan oleh perasaan sedih. Bahasa fungsian pula merujuk kepada bagaimana emosi itu berperanan kepada individu. Di dalam reaksi adaptif asas pula terdapat 8 reaksi iaitu takut, meluat, marah, terperanjat, gembira, sedih, terima dan rasa ingin tahu. Manakala terdapat 3 demensi penting di dalam demensi emosi iaitu keamatan, kesamaan dan kepolaran. Keamatan merujuk kepada darjah kekuatan emosi seperti dari terperanjat kepada takut. Kesamaan merujuk kepada hubungan atau perkaitan seperti marah dan sedih lebih dekat berbanding dengan marah dan gembira. Kepolaran pula merujuk kepada kekutuban seperti gembira lawannya sedih. Semua ini adalah hasil daripada kajian-kajian terdahulu.
Tamat disini sahaja, dan ingin saya menyimpulkan bahawa pengurusan emosi adalah khusus yang amat penting untuk dipelajari lebih-lebih lagi bagi pelajar perubatan yang bakal bergaul dengan masyarakat kelak. Sekali lagi saya tekankan penting bagi kita sebagai pegawai perubatan kelak mempunyai emosi yang stabil dalam usaha merawat pesakit-pesakit. Jadi manfaatkan apa yang kita dapat pelajari terutamanya apa yang kita dapat aplikasikan dalam kehidupan seharian. Wallahua’lam.


0 comments:
Post a Comment