Cinta.
Amat manis bukan.
Memikat hati sesiapa sahaja.
Termasuk diri yg hina ini.
Seringkali aku merasakan ia,
Sepantas juga aku cuba mengejarnya.
Erti cinta yg xpernah kutahui,
Hatiku ternoda olehnya.
Ya Rabbi,
Aku ini manusia biasa.
Di dadaku penuh dgn cinta manusia.
Yg membuatkanku lupa padaMu, sang penCipta.
Aku sedar,
Di setiap kali lafaz doaku,
aku bermunajat kepadaMu,
Agar dikurniakan peneman hati yg sunyi.
Tapi aku xsedar,
Hatiku ternoda dek bisikan syaitan,
Yg mahukan aku lalai daripadaMu,
Dan terus mengejar yg bukan halal bagiku.
Walaupun
perbuatan cuba kujaga,
Lafaz cuba kudusta,
Tapi hati ini tetap menginginkannya.
Ya Allah,
Raja segala penCinta,
Di saat celik ini aku tersedar,
Bahawa apa yg kukejar selama ini,
Hanya bayangan semata-mata,
Sudah lama,
Kuikat janji sndiri,
Xkan kulafaz ikat cinta pada yg bukan halal bagiku,
Kerna diri di sudut hati kecil ini,
Kutetap sedar bahawa,
Cinta sejati itu,
hnyalah cinta kepadaMu.
Bantulah aku Ya Rabbi.
~jj~