0-kosong-
Kumulakan dengan kosong.
Kosongnya hati seorang lelaki.
Berpujangga di malam hari.
Rebah menyendiri dalam beremosi.
~jj;0218,24may2015~
FAHAM
Setiap org punya hati masing2x. Xkira seHuHa mana pun sekali dia. Pasti ada ketika dia merasakan sesuatu yg aneh bermain didada. Sbb itu utk memahami sesorang tu. Penglihatan visual saja xcukup. Perlu digunakan sepenuhnya senses lain jugak. Ya, itu persoalannya. Bagaimana nak guna? Macam mana? Aku pun masih mencari....
SEPI
Semua makhluk akan ada benda yg mahu diluahkn dari hati. Tapi kekadang ianya xterkeluar dari bibir. Mahupun pada emosi. Ianya hanya berlegar-legar di minda bagai layang2x ditiup angin. Bagi yg kuat, "ignore sajalah". Yg lemah, akan melayan2x, mencuit2xnya hingga terluka perasaan. Ya itu juga persoalan. Mengapa perlu menyepi? Keluarkan jelah? Senang dipersoal, sukar dijawab..
KOMPLEKS
Sesuatu perkara itu bukanlah semudah A,B,C. Even budak2x baru nak belajar membaca pun menganggapnya susah. Bukannya senang nak faham hati sendiri. Inikan pulak hati org lain. Ianya bersimpangsiur bak meehoon. Ntah di mana punca n pengakhirannya. Mungkin sbb itu rmai yg mengendahkan. Kompleks katanya....Kompleks.. Mungkin itu alasan. Alasan utk menyepi.
VARIASI
Setiap org adalah lain. Kelainan itu yg membuatkan manusia itu special. Aku xleh nak samakan si A dengan si B. Kalau ikutkan hukum tadi, memang salah. Tapi nak buat macam mana. Jiwa manusia memang suka menghukum. Mungkin sbb itulah kita sukar nak memahami hati org lain. Sbb hati kita sendiri pum berbolak balik. Sering melabel, dan egois dengan pendapat kita. Yelah, 'I'm always right!'.
KOSONG
Jgn ko kata hati ko kosong. Sbnarnya byak benda yg belegar difikiran ko sebenarnya. Ko hanya menidakkan dia saja. Ko anggap dia tidak wujud. Sbb itu ko rasa sepi, rasa sunyi. Ko terlalu ego. Ko sering melabel2xkan org. Dan ko cuba meniru gaya variasinya yg berbeza dgn ko, dgn harapan ia mengisi sepi hati ko. Tapi tidak. Ko makin sepi. Makin sunyi. Kenapa aku kata demikian?
Sebab ko dah makin jauh daripada diri ko sendiri...
JJ: 0244, 24May2015
p/s: blog ni memang pengisi kesunyian hati jey.. Qalby~