Man Ana!!

My photo
Bila mana Qalby ingin berbicara, tiada apa yang mampu menyekatnya. Jey sedar Qalby ini masih belajar untuk mengenal dunia fana, pengajian yang akan kekal tidak kehabisan sebelum esok dijemput pulang kedunia Akhirat.. aKaN teTapi bila difikirkan bAlik. Jey mana pandai berkata2x,apatah lagi meluahkannyer.sO, Jey cuba sedaya upaya, bila mana Qalby tatih ingin berbicara. Di situ Jey datang meninta kata2x.. Mungkin ia bukan dari Jey sendiri, tapi as long as Jey dapat menulis. Ia buat Qalby Jey rasa lega.. yaALLAH.. berilaa kekuatan dan jagalah Qalby jey ini agar tidak terpesong dari jalanMu...

Qalby oh Qalby...

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir

Friday, February 25, 2011

HAIyaa!!!..apa nk jadi nie..

Mengeluh lagi..sih~~

kita sebagai manusia, sering mengeluh. lebih2x lagi bila mengenangkan nasib diri. ntah kenapa ye?? kekadang memang kita akan rasa xpuas hati dgn diri kita. yg paling domain sekali, bila cerita tentang performance diri. mulalah, merasa diri ini xseberapa. orang2x disekeliling semuanya hebat2x..kita memang mahukan ciri2x, dn personaliti sedemikian..alahai~~

symptomnyer..kita akan merasa inferior. mulalah timbul rasa janggal, bukan shja untuk brsosial malah untuk berkomunikasi dgn orang lain. terang lai bersuluh, diri kita juga yg terseksa..kita rasa bagaikan keseorangan di khalayak ramai, semua orang ignore dgn kita. "klau ak xde pum xpe,"..itulah yg terucap di hati...tp ingtlah~~
maka katakanlah: cukuplah ALLAH bagiku, tiada Tuhan melainkan dia; kepadaNya ka bserah diri, dan dialah yg mempunyai Arasy yg Besar..
al-taubah (9);129

hakikatnya~..bila kita brbuat demikian, kita hanya akan melemahkan semangat diri ini sahaja. smpaikan semua bnda yg kita nk buat trgendala. last2x..solution nya TIDUR~.. tengok, effectnya..amat brbahaya untuk badan dan emosi kita semua. kita hnaya akan worstkan lagi keadaan. dhlaa keje xsiap, buat apa pum xjadi, belajar apa pum xmasuk..semuanya sia2x..

klau ditgur,atau sndiri trsedr dikatakanya.. "apa ak nk buat kn? bukan ada orang nk tolong ak pum. bley tolong kew??"..lagilaa brtambah lemah~~
selalulah ingat~~
firman Allah,
"wahai sekalian orang2x yg beriman! Mintalah prtolongan dgn sabar dan solat kerana sesungguhnya ALLAH menolong orang2x yg sabar"
al-baqarah (2) : 153

Sunday, February 6, 2011

SYIAH: Pandangan Al-Qaradhawi

Jey jumpa artikel nie..
Qalby plak terasa nk mendalaminya..

why not kan, Jey make it as entry for this time...

Pada 13 Ramadhan 1429 yang lalu, Agensi Akhbar Iran Mehr, telah melancarkan serangan terhadap al-Qaradhawi diatas dialog beliau yang disiarkan di surah khabar Mesir, al-Masri Al-Yaum yang telah membangkitkan ketidak puashatinya penganut Mazhab Syiah.


Kata al-Qaradhawi : Saya tidak mengkafirkan mereka, sebagaimana yang dilakukan oleh mereka yang melampau. Saya berpandangan bahawa mereka adalah orang Islam, akan tetapi melakukan bid'ah.


Beliau mengatakan barangsiapa yang mengucap Syahadah, mereka masih lagi di anggap Islam.


Beliau telah memberi amaran kepada perkara-perkara luar biasa yang dilakukan oleh Syiah, seperti menghina, mengeji para sahabat Nabi :saw, perbuatan Syiah mencucuk jarum doktrinnya kedalam masyarakat Ahli Sunnah. Lebih-lebih lagi mereka telah membelanjakan billion ringgit melatih kader-kader untuk menyebarkan doktrin Syiah, dan perkara ini tidak dilakukan oleh Ahli Sunnah.


Komen beliau terhadap kenyataan Ayatollah Muhammad Hussein Fadlallah ; ia merupakan perkataan yang pelik dan memeranjatkan beliau dengan isu yang sebegini rupa.


Berikut diringkas pandangan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi mengenai pendirian beliau terhadap Syiah.


1. al-Qaradhawi percaya kepada prinsip perpaduan umat Islam, baik ia melibatkan kumpulan-kumpulan tertentu atau mazhab, dimana mereka itu beriman kepada Kitab yang satu, Rasul yang satu, kearah Kiblat yang satu, dan diantara mereka itu terdapat khilaf, dan tidaklah itu mereka tersingkir.


2. Hanya satu kumpulan sahaja yang selamat diantara 73 kumpulan sebagaimana yang telah dinyatakan didalam hadith. Selain dari kumpulan itu, mereka adalah keterlaluan atau sesat. Setiap kumpulan percaya bahawa diri mereka terselamat, dan yang tinggal adalah yang sesat. Beliau percaya bahawa Ahli Sunnah sahaja yang terselamat, kesemua kumpulan yang lain melakukan bid'ah dan sesat. Diatas asas ini, al-Qaradhawi berpendapat bahawa : Sesungguhnya Syiah terlibat didalam BID'AH dan TIDAK KAFIR, dan sesungguhnya kebenaran itu bukan pelbagai, dan syukur kepada Allah bahawa 9/10 umat Islam adalah Ahli Sunnah, dan kebenaran yang berkata mengenai kami.


3. Beliau mengambil sikap sederhana terhadap Syiah Imam 12, dan tidaklah membenarkan takfir (mengkafirkan); sikap mereka terhadap al-Quran, terhadap Sunnah, terhadap sahabat, memuliakan Imam, dan yang mempertahankannya, dimana Imam itu dikatakan mengetahui perkara ghaib dimana Nabi-Nabi sendiri tidak mengetahuinya. Beliau telah berulangkali menjelaskan didalam buku Dialog dan Taqribnya.


Beliau tidak bersetuju dengan pegangan mereka dan berpendapat bahawa pegangan ini salah : iaitu Nabi :saw telah memilih pengganti Ali ra untuk menjadi Khalifah, dan para sahabat menyembunyikan berita ini, dan mereka mengkhianati Nabi :saw dan menafikan kebenaran yang tertinggi, dan mereka melakukan konspirasi terhadapnya. Yang peliknya, Ali ra. tidak pernah mengumumkan kepada umum dan menegakkan kebenaran? Malahan beliau berbai'ah kepada Abu Bakar, Umar dan Othman. Maka pesoalan disini, kenapa Ali ra tidak bersemuka dengan kebenaran? Kenapa beliau tidak becakap benar? Kenapa pula anak beliau al-Hassan pula bersetuju memberikan jawatan Khalifah kepada Muawiyah? Bagaimana Nabi :saw memuji apa dia lakukan, sesesungguhnya Allah mendamaikan dua orang Islam yang hebat!


Syiah melakukan bid'ah didalam amalannya, misalnya memperbaharui tragedi kematian Husein setiap tahun dengan menampar muka-muka, dada-dada dan memukul sehingga berdarah. Sudah lebih dari 13 abad meneruskan bencana ini! Mengapa pula mereka tidak melakukan perkara tersebut apabila Ayah mereka sendiri dibunuh? Bukankah itu lebih baik?


Disini terdapatnya amalan syirik yang dilakukan dikubur. Kubur tempat dikebumikan Ahli Bayt, memohon pertolongan darinya dan berdo'a tanpa Allah. Terdapat juga dikalangan Sunni yang melakukan perkata tersebut, akan tetapi ulama' mereka telah membantah dan menafikan kebenaran perbuatan tersebut. Penjelasan diatas mengaitkan mereka dengan bid'ah, dan tidak menghukum mereka dengan kafir, atau kufur akbar, atau terkeluar dari agama.


4. Berkata al-Qaradhawi : Sesungguhnya perbezaan didalam Mazhab hanyalah pada perkara ranting, permasalahan amal, hukum ibadat dan muamalat, bukanlah merupakan satu masalah. Diantara kami dan Syiah bukanlah perselisihan yang besar dikalangan beberapa Mazhab Sunni. Syiekh kami, Syiekh Shaltut rh, bekas Syeikul Azhar pernah berkata bahawa dia telah berfatwa membenarkan Mazhab Ja'fari ; diatas perkara yang berkaitan cabang amalan penghukuman, dan mereka berbeza dari segi solat, puasa dan selain dari yang dua ini, berkemungkinan boleh ditolerasikan.


5. Apa yang beliau nyatakan didalam akhbar Mesir Hari Ini (al-Masri Al-Yaum) adalah merupakan sesuatu yang telus dan penegasan yang kuat, sebagaimana persidangan yang pernah beliau hadiri, samada di Rabat, Bahrain, Damsyik dan Doha, dan apa yang beliau telah dengar dari ulama' Syiah, dan apa yang telah beliau lontarkan semasa melawat Ayatollah di Iran 10 tahun yang lalu : Disana terdapatnya garisan merah yang harus kita ikut dan tidak boleh melepasinya, didalamnya termasuklah mengeji sahabat, penyebaran doktrin Syiah kepada negara-negara Sunnah tulen, dan kesemua ulama' Syiah telah bersetuju dengan beliau mengenai perkara ini.


6. Walaupun beliau mempunyai beberapa tanggapan (reservation) mengenai sikap Syiah terhadap jarum-jarumnya yang menembusi masyarakat Sunnah, beliau tetap berdiri dibelakang Iran didalam menuntut haknya memiliki tenaga Nuklear, dan menafikan sekuat-kuatnya ancaman Amerika terhadap mereka, dan kata beliau : "Kami berdiri menentang Amerika jika Iran diserang, Iran adalah sebahagian dari Darul Islam, perkara ini tidak boleh dikompromikan, Undang-undang kami mewajibkan kami mempertahankan mereka apabila dimasuki atau diancam orang luar, Semua agensi media Iran telah maklum mengenai pendirianku, dan beberapa pegawai resmi yang menghubungiku mengucapkan terima kasih dan menghargainya. Dan saya bukan berdiri kerana ingin mendapatkan simpati, tetapi saya mengatakan bahawa seseorang Muslim hendaklah menyokong seorang Muslim yang lain"
Jaga aqidah, jangan terpesong
Sememangnya apa yang kita semua sebagai ahli sunnah wal jamaah nampak sama seperti yg diperkatakan di atas. Golongan syiah sememangnya telah jauh lari dari fahaman yg sebenar. Syiah vs Sunnah pula xpernah padam..Jey xinginlaa menghurai panjang, jikalau jey tersalah kata, buruk padahnyer, skrng nie kan zaman global, macam2x fitnah boley timbul. tapi apa yang penting, agar kita sama-sama menjaga diri sememabgnya dengan ilmu, agar iman di dada xterpengaruh dek budaya luar. Jagalah aqidah, ingatkan Qalby....

Thursday, February 3, 2011

HaPPy BirthDay!!!!


this post is special for my friend, yang mana menyambut birthdaynya yg ke20 semalam 2/2/2011,hpefully, dye akan panjang umor murah rezeki,dan sentiasa diberkati dalam apa jua pum yang dilakukan sepanjang hidupnya. may ALLAH bless u alwayz!!



Happy Birthday for this blog also for the 1st appearance..


talking about birthday,
sume orang gembira, sbb apa yee??..
maybe sebab hari itu,adalah hari yang amat special buat dye. wow!!,mana tidaknyer,the whole day is yours. sume orang akn teringat kat kita pada hari itu,nama kita disebut2x,kita disambut mesra. tambahan pula dengan hadiah, bila kita dirai oleh sanak family dan kawan2x. waa!! happynyer..

p apakan daya, hidup di dunia fana ini hanyalah satu perjalanan yg mana mempunyai titik tamatnya. hal inilaa yg kita semua kena ingat dalam seharian bermuhasabah...oh, ak makin tua rupanya,maknanya xlama lagilaa ak bakal dijemput ilahi..alahai,klau kita semua menhayati erti sebenar BIRTHDAY,agaknya ada happy x kt depannya..huhuhuhuu..

pe2xpum,we all should wish for the best thing that we can do for him/her,our friend for the name of ukhwah..may ALLAH bless us alwayzss~~



HAPPY BIRTHDAY!!!

Tuesday, February 1, 2011

A new muqodimah for me!!

assalamualaikum..

Jey'z Qalby Journey
Tanggal 1 feb 2011 nie, hpefully tercapailaa hasrat hati ak nie. Bukan pew pum..its has been a lot of times before since last year that I've try to create this so called thing BLOG n to be a blogger anyway. With the new era,everyone spoke out their mind, feelings and others here..mmm.. mayb mine also after this. a new stater for 2011 (although its feb alredy)..hiks..dh tercakap omputih lak..blog nie ley r jadi tempat untuk practice untuk speaking..kikiki..walaupum bnyak merah..

apa2x pum, nice to meet u, Globalisation.. u bring us closer. Niat hati aka Qalby Jey untuk berbicara juga ada. bukan niat tuk berkongsi perasaan, akan tetapi, niat untuk meluahkan ilham, yg banyak dikutip dari teman seperjuangn serta alam pengalaman menghadapi kedewasaan.. Qalby ini perlu dijaga, dan apa yg terungkap di sini pum perlu ada batasnya..

Apa2x pum yang paling penting sekali, Nabi Muhammad s.a.w bersabda,


"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."


(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

maka, teman2xku jagalah hati baik2x..jganlah sampai kita mengabdikannya pada tmpat yg bukan milikNya..
Lastly,..gud luck for myself..hahhaha..

inshaALLAH,..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...