Man Ana!!

My photo
Bila mana Qalby ingin berbicara, tiada apa yang mampu menyekatnya. Jey sedar Qalby ini masih belajar untuk mengenal dunia fana, pengajian yang akan kekal tidak kehabisan sebelum esok dijemput pulang kedunia Akhirat.. aKaN teTapi bila difikirkan bAlik. Jey mana pandai berkata2x,apatah lagi meluahkannyer.sO, Jey cuba sedaya upaya, bila mana Qalby tatih ingin berbicara. Di situ Jey datang meninta kata2x.. Mungkin ia bukan dari Jey sendiri, tapi as long as Jey dapat menulis. Ia buat Qalby Jey rasa lega.. yaALLAH.. berilaa kekuatan dan jagalah Qalby jey ini agar tidak terpesong dari jalanMu...

Qalby oh Qalby...

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir

Tuesday, August 16, 2011

Kebahagian yang ku harapkan~

 Jurnal Keduaku

ini jurnal kedua tuk kursus pengurusan emosi. hahaha!!..cipta rekod hantar lambat (23.59.12), p still diterima sbb xsampai kul 12 lagi...apa2x pum bersyukurkan Qalby, dapat jugak selesaikan amanat tugasan~
Bismillah..
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian yang dirahmati si pencipta terutamanya kepada Dr. Zamri. Ini merupakan kali kedua, saya meninta titik penulisan ini atas nama tugasan jurnal untuk pengajian kursus pengurusan emosi. Kesal juga rasanya, kerana agak lambat serta mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan idea bagi penulisan ini walaupun ianya hanyalah bersadarkan pengalaman dan pembelajaran di dewan kuliah. Sebagai refeksi diri untuk kali ini, sememangnya saya perlu muhasabah diri agar dapat berubah dan keluar dari kepompong kemalasan dan menyiapkan tugasan dengan lebih awal dan teliti.
Untuk jurnal kali ini, ingin saya berkongsi sedikit tentang apa yang dipelajari pada kuliah pengurusan emosi yang lepas (rabu, 3 Ogos 2011 bersamaan 3 ramadhan 1433H). Berkemungkinan apa yang saya perkongsikan sedikit berbeza pemahamannya dengan pelajar lain. Jikalau ada salah dan silapnya, saya amat mengharapkan teguran. Daripada kuliah lepas dua isi utama yang saya dapat adalah berkenaan teori ‘Izard’s Universal Facial Expressions’ dan emosi positif berkenaan ‘kebahagiaan’. Mengharapkan lebih pemahaman berkenaan isi-isi kuliah ini, terdetik di hati saya untuk merujuk kembali nota-nota kuliah. Walaubagaimanapum, Jujur saya katakan bahawa sebelum mengambil kursus ini, saya sememangnya tidak pernah menyedari bahawa wujudnya teori-teori dan kajian-kajian terutamanya dari barat berkenaan emosi. Bersyukur rasanya apabila didedahkan dengan penemuan kajian-kajian ini.

pelbagai eksperesi wajah
 Berbalik kepada ‘input’ yang saya dapat. Teori ‘Izard’s Universal Facial Expressions’ menekankan berkenaan perkembangan emosi selepas kelahiran dan perkaitannya dengan ekspresi wajah seseorang. Ada diberikan contoh yang mana bayi akan belajar untuk beremosi seperti takut, marah, ketawa dan sebagainya. Akan tetapi pada waktu berkenaan, yang mana waktu perkembangan ianya tiada kaitan dengan ekspresi muka. Dikatakan bahawa bayi boleh memberi senyuman, akan tetapi masih tidak bermaksud bahawa senyuman yang diberikan itu merujuk bahawa dia gembira atau tidak. Hal ini kerana bayi tersebut masih lagi berada dalam proses pembelajaran. Dia belajar menunjukkan reaksi dan emosi seperti menangis apabila lapar. Proses pembelajaran inilah yang akan melahirkan emosi kita sekarang. Sebagai seorang yang telah matang, kita boleh mengekspresikan perasaan kita melalui pelbagai cara, tetapi biasanya cara yang digunakan adalah cara yang biasa kita amalkan. Dalam kuliah juga ada disebut, seseorang itu boleh mengawal dan mengalami sesuatu emosi itu pada sudut yang berbeza, akan tetapi keadaan mengzahirkan emosi itu kebiasaannya adalah sama. Apa yang hendak diperkatakan di sini adalah ekspresi muka itu sama sahaja bagi sesiapa pum. Jika kita gembira, kita senyum. Jika kita berduka kita masam. Begitu juga lain-lain ekspresi muka seperti terkejut, meluat dan sebagainya. Inilah yang dapat saya katakan melalui apa yang dipelajari berkenaan ‘Izard’s Universal Facial Expressions’ dan mungkin inilah yang mahu disampaikan berkenaan "Role of Learning and Experience " yang mana terbahagi kepada 2 iaitu ‘biological view of experience’ dan ‘learning theory view of experience’. Biologikal mengetengahkan ekspresi mimik muka, manakala ‘learning’ secara jelasnya merujuk kepada proses pembelajaran itu sendiri.

Ingin saya menyetuh berkaitan ekspresi muka dengan emosi seseorang. Pada pendapat saya, hal ini berkemungkinan merupakan suatu yang subjektif. Mungkin hanya sesetengah orang sahaja yang dapat meneka atau menafsir akan perasan mahupun emosi melalui wajah. Pada saya kebanyakan yang lain tidak dapat meneka dengan tepat, lainlah jikalau ianya memang ketara jelas pebuatannya. Pernah juga saya berjumpa dengan seseorang yang mukanya agak garang, tapi sifatnya amat lemah lembut sekali. Oleh itu, sukar hendak membezakan apa eksperesi yang ingin disampaikan. Bak kata pepatah inggeris, ‘Don’t judge book by it cover’. Mungkin ini hanyalah pandangan saya sahaja. Kebiasaan yang kita selalu tonton di televisyen, menerusi drama-drama dan cerekarama, ada tepatnya juga teori Izard ini. Kita sememangnya akan tersentuh akan watak yang dibawa ditambah dengan eksperesi mukanya apabila kita menjiwai watak berkenaan. Tapi pernahkah kita terfikir, itu sekadar lakonan bukannya emosi sebenar.

Suka juga saya perkongsikan disini akan apa yang saya pelajari selama hidup ini di muka bumi ini. Pengeksperisian emosi seseorang itu dapat dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti persekitaran, jantina, umur dan lain-lain. Persekitaran amat mempengaruhi, bila bersama ahli keluarga cara kita mengzahirkan emosi berbeza bila bersama rakan. Sesetangah orang mungkin lebih mesra dengan rakan, tidak kurang juga dengan ahli keluarga. Cara kita memberitahu mereka bahawa kita tidak sukakan sesuatu ada bezanya. Ini menunjukkan taraf penghormatan kita pada seseorang. Aspek jantina juga tidak kurang pengaruhnya. Perempuan berjiwa keibuan yang lebih lembut daripada lelaki. Mereka mudah meluahkan sesuatu perkara, tidak kurang juga menitiskan air mata. Bagi lelaki pula lebih pada egonya yang mahu dilihat sasa dan matang. Ada yang sangat benci pada kelembutan, tapi sukakan cabaran. Faktor umur juga penting dalam hal kita memandang sudut kematangan seseorang. Orang dewasa lebih lebih pandai mengawal perasaan berbanding kanak-kanak, tidak kurang juga remaja seperti kita yang sukakan cabaran. Remaja dikatakan berdarah panas dan sukakan sesuatu yang baru serta mudah terpengaruh. Bagi mereka yang terpengaruh dengan budaya barat, lebih senang mengeksperesikan sifat buas mereka walaupum di khalayak ramai. Berbeza dengan orang matang yang berumur, yang mana kita dapat sama-sama minta pandangan daripada beliau akan sesuatu perkara. Bak kata pepatah orang yang makan garam tahu akan kemasinan hidupnya. Inilah pandangan saya berkenaan tajuk yang dipelajari minggu ini.
 
~wajah bahagia~
Berbalik pada topik kedua berkenaan kebahagiaan. Sebenarnya, tajuk yang diperkongsikan adalah berkenaan perihak emosi positif. Terdapat pelbagai emosi positif, tetapi yang paling dapat dilihat aldah mengenai kebahagian. Kebahagian adalah matalamat hidup semua orang. Siapa yang tidak mahukan kebahagian. Dalam kuliah Dr. Zamri sendiri pun ada disebut berkenaan kebahagian-kebahagiaan yang dicari oleh manusia. Antaranya adalah perkahwinan. Sememangnya ini merupakan topik panas yang sangat suka dibincangkan oleh semua orang terutamanya mahasiswa. Sebagai seorang muslim yang bergiat atas nama ALLAH, kebahagian itu dapat diprolehi apabila kita mnghayati agama. Kita mahukan kebahagiaan di akhirat yang mengharapkan syurga ALLAH . Di dalam kitab petunjuk Al-Quran, Allah SWT menerangkan jalan kebahagiaan dan kesejahteraan, juga faktor-faktor kebinasaan dan kesengsaraan manusia. Hubungan baik kekeluargaan dan kemasyarakatan, masalah-masalah hukum dan akhlak, keperluan-keperluan jiwa dan raga, tugas-tugas individu dan sosial, adat istiadat yang benar dan yang menyimpang di dalam masyarakat manusia, perintah-perintah dan undang-undang keuangan serta perekonomian, dan berbagai topik lain yang berperan di dalam kebaikan atau kerusakan individu dan masyarakat, semua ini dijelaskan di dalam Kitab ini. Meskipun di dalam Al-Quran disebutkan juga kisah-kisah tentang kaum-kaum terdahulu, berbagai peristiwa peperangan dan pertempuran, sejarah kehidupan manusia-manusia, baik lelaki maupun perempuan, namun Al-Quran bukanlah sebuah buku cerita, melainkan kitab pelajaran bagi kehidupan kita saat ini. Oleh karena itu nama kitab ialah Al-Quran yang berarti bacaan. Sebuah kitab yang harus dibaca, hanya saja bukan sekedar dibaca dengan lidah, sebagaimana kitab pelajaran di sekolah-sekolah dasar. Ia adalah Kitab yang harus dibaca disertai dengan tafakkur dan tadabbur atau penghayatan, sebagaimana yang diminta oleh Al-Quran itu sendiri. Itulah kata-kata ALLAH yang menyuruh kita mencari kebahagiaan hakiki.

baitulmuslim
Firman Allah di dalam surah Ar-Ra’d, ayat 29, “Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.”

Itulah kebahagiaan yang sebenar.
Alhamdulillah, setakat ini sahaja jurnal saya buat kali ini, diharap segala perkongsian dapat diterima semua dan jika ada silap dan salah minta dibetulkan. Wallahua’lam.

"mungkin apa yg manusia mahukan di atas dunia ini berbeza akan tetapi mereka mengharapkan sesuatu yang sama di akhirat kelak. SYURGA ALLAH!!"...jey harapkan Qalby yg ikhlas keranaNYA~~

Saturday, August 13, 2011

neonatal respiratory distress syndrome

Neonatal respiratory distress syndrome

Neonatal respiratory distress syndrome (RDS) is most commonly seen in premature infants. The condition makes it difficult to breathe.
premature baby presented with cyanosis and RDS

Causes

Neonatal RDS occurs in infants whose lungs have not yet fully developed.
The disease is mainly caused by a lack of a slippery, protective substance called surfactant, which helps the lungs inflate with air and keeps the air sacs from collapsing. This substance normally appears in fully developed lungs.
Neonatal RDS can also be the result of genetic problems with lung development.
The earlier a baby is born, the less developed the lungs are and the higher the chance of neonatal RDS. Most cases are seen in babies born before 28 weeks. It is very uncommon in infants born full-term (at 40 weeks).
In addition to prematurity, the following increase the risk of neonatal RDS:
  • A brother or sister who had RDS
  • Diabetes in the mother
  • Cesarean delivery
  • Delivery complications that reduce blood flow to the baby
  • Multiple pregnancy (twins or more)
  • Rapid labor
The risk of neonatal RDS may be decreased if the pregnant mother has chronic, pregnancy-related high blood pressure or prolonged rupture of membranes, because the stress of these situations can cause the infant's lungs to mature sooner.

Symptoms

The symptoms usually appear within minutes of birth, although they may not be seen for several hours. Symptoms may include:
  • Bluish color of the skin and mucus membranes (cyanosis)
  • Brief stop in breathing (apnea)
  • Decreased urine output
  • Grunting
  • Nasal flaring
  • Rapid breathing
  • Shallow breathing
  • Shortness of breath and grunting sounds while breathing
  • Unusual breathing movement -- drawing back of the chest muscles with breathing

Exams and Tests

A blood gas analysis shows low oxygen and excess acid in the body fluids.
A chest x-ray shows the lungs have a characteristic "ground glass" appearance, which often develops 6 to 12 hours after birth.
Lab tests are done to rule out infection and sepsis as a cause of the respiratory distress.

 

Treatment

High-risk and premature infants require prompt attention by a neonatal resuscitation team.
Despite greatly improved RDS treatment in recent years, many controversies still exist. Delivering artificial surfactant directly to the infant's lungs can be enormously important, but how much should be given and who should receive it and when is still under investigation.
Infants will be given warm, moist oxygen. This is critically important, but needs to be given carefully to reduce the side effects associated with too much oxygen.
A breathing machine can be lifesaving, especially for babies with the following:
  • High levels of carbon dioxide in the arteries
  • Low blood oxygen in the arteries
  • Low blood pH (acidity)
It can also be lifesaving for infants with repeated breathing pauses. There are a number of different types of breathing machines available. However, the devices can damage fragile lung tissues, and breathing machines should be avoided or limited when possible.
A treatment called continuous positive airway pressure (CPAP) that delivers slightly pressurized air through the nose can help keep the airways open and may prevent the need for a breathing machine for many babies. Even with CPAP, oxygen and pressure will be reduced as soon as possible to prevent side effects associated with excessive oxygen or pressure.
A variety of other treatments may be used, including:
  • Extracorporeal membrane oxygenation (ECMO) to directly put oxygen in the blood if a breathing machine can't be used
  • Inhaled nitric oxide to improve oxygen levels
It is important that all babies with RDS receive excellent supportive care, including the following, which help reduce the infant's oxygen needs:
  • Few disturbances
  • Gentle handling
  • Maintaining ideal body temperature
Infants with RDS also need careful fluid management and close attention to other situations, such as infections, if they develop.

Outlook (Prognosis)

The condition often worsens for 2 to 4 days after birth with slow improvement thereafter. Some infants with severe respiratory distress syndrome will die, although this is rare on the first day of life. If it occurs, it usually happens between days 2 and 7.
Long-term complications may develop as a result of too much oxygen, high pressures delivered to the lungs, the severity of the condition itself, or periods when the brain or other organs did not receive enough oxygen.

Possible Complications

Air or gas may build up in:
  • The space surrounding the lungs (pneumothorax)
  • The space in the chest between two lungs (pneumomediastinum)
  • The area between the heart and the thin sac that surrounds the heart (pneumopericardium)
Other complications may include:
  • Bleeding into the brain (intraventricular hemorrhage of the newborn)
  • Bleeding into the lung (sometimes associated with surfactant use)
  • Blood clots due to an umbilical arterial catheter
  • Bronchopulmonary dysplasia
  • Delayed mental development and mental retardation associated with brain damage or bleeding
  • Retinopathy of prematurity and blindness

Alternative Names

Hyaline membrane disease; Infant respiratory distress syndrome (IRDS); Respiratory distress syndrome in infants; RDS - infants

references :  medlineplus

Saturday, August 6, 2011

"Antara 4 isteri, jey dambakan yg pertama..."

idaman setiap lelaki
oooh..
sungguh brmakna, dalam maksud tajuk post kali ini..
tpi betullaa..jey xtipu pew..
bukan hanya jey, p jey yakin semua lelaki mengharapkan yg sama di akhir penghidupannya klak~
apa2x pum hayatilah kisah di bawah ini :-


Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.
siapa yg sanggup bersama kita kelak..

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.
Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."


Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburlah mereka akan menemani kita.

yg pasti kekal brsama kita~
DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering
mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

Sunday, July 31, 2011

Emo emosi jurnal


Bismillah.
Assalamualaikum kepada pembaca sekalian.
~ emo emosi ~
            Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian sahabat-sahabat sekalian membaca jurnal pertama saya ini. Tidak ketinggalan ucapan penghargaan saya kepada pensyarah subjek ZT2253, Pengurusan Emosi,  Dr. Ahmad Zamri Mansor, atas kesudian Dr. membuka peluang kepada kami semua, pelajar perubatan untuk meninta sedikit pengalaman berteraskan subjek ini di sini. Diharapkan semua pelajar dapat memanfaatkan peluang yang telah diberi ini untuk mengasah bakat penulisan masing-masing di samping bersama-sama mengkaji selok belok pengurusan emosi. Apa yang ingin saya maksudkan di sini, moga-moga semua dapat mengambil ikhtibar dari apa yang dipelajari sama ada di dewan kuliah mahupum di rangkaian internet ini, bukan hanya sekadar merungut semata-mata. Ini hanyalah secolet bikisan luahan hati kecil saya yang ingin menegur diri sendiri ini.
 
~hahaha..faham ke x~..p sedey
            Kembali kepada apa yang ingin diperkatakan berkenaan apa yang telah saya pelajari pada kuliah sesi pertama pada 27/7/2011 yang lepas. Bermulanya kuliah dengan satu tayangan video yang bertajuk "Emotional Theory of Talented Korean". Klip video tersebut yang saya yakin boleh sahaja dimuatturun dari laman youtube, memaparkan perihal peserta rancangan realiti televisyen korea, yang dikenali sebagai Sung-bong berjaya menyentuh hati bukan sahaja juri malah penoton sekeliling. Tidak terlepas jua, warga pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia yang hadir di dalam dewan berkenaan. Sesungguhnya suasana dewan kuliah serta merta berubah, apabila segenap pelajar menumpukan perhatian pada klip video berkenaan. Sung-bong pada awal klip menceritakan kisah hidupnya, yang cukup sempit dan penuh dengan masalah sejak berumur 5 tahun lagi. Kehidupannya yang sedemikian itu mencetuskan inspirasi untuk dia bernyanyi demi melupakan segala kekelumitan hidup yang dihadapi. Tersiratnyer, pembawaan yang dibawa oleh Sung-bong amat mantap, apabila dia berhasil untuk membawa kami semua seolah-olah berada dalam kehidupannya. Para penonton serta juri menitis air mata mendengar kisah beliau. Namun begitu tidak bagi Sung-bong, keberkesanannya mengawal emosi, tidak mengheretnya untuk mengalirkan air mata di atas pentas itu. Inilah yang berjaya menarik perhatian saya, pengawalan emosi yang baik amat penting di kala sekeliling kita terhumban ke dalam kemecuk perasaan. Jujurnya, sukar bagi saya untuk lakukan sedemikian rupa. Tahniah kepada Sung-bong kerana telah mengajarkan saya sesuatu yang bermakna. Bagi pelajar perubatan, aspek pengawalan emosi cukup penting agar kita tidak sama terbawa-bawa perasaan pesakit kita. Sebagai contoh, bila mana kita berhadapan dengan kematian pesakit kita, perlukah kita semua sebagai doktor yang merawat menangis meratapi kematian pesakit kita? Mungkin ya dibelakang, tetapi tidak dihadapan keluarga pesakit. Dengan itu, cukup wajarlah saya katakan bahawa kursus pengurusan emosi ini, amat penting kerana ia sangat berkait rapat dengan kerjaya kita semua.

            Tamat sahaja tayangan klip video yang agak syahdu itu, kuliah pengurusan emosi yang pertama bermula dengan topik pertama pengenalan emosi dan diikuti topik kedua struktur dan ekspresi emosi. Dalam topik pertama kami diperkenalkan dengan definisi bagi emosi itu sendiri. Dr. Zamri menerangkan maksud emosi menurut Kleinginna & Kleinginna (1981) yang mengutarakan pendefinisian emosi sebagai suatu set interaksi kompleks di antara subjektif dan faktor objektif dan dibatu oleh sistem hormon dan saraf badan. Ini merangkumi empat elemen iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan akhir sekali perbuatan atau tingkah laku. Inilah yang dijelaskan di dalam kuliah Dr. Zamri. Dia antara empat elemen tersebut, pada mulanya saya kurang memahami berkenaan proses kognitif. Akhirnya, alhamdulillah saya memahami jua. Proses ini adalah satu proses menilai, yakni memuhasabah keadaan yang berlaku mengikut perasaan yang dialami pada masa itu. Secara logiknya, definisi ini dapat diterima. Sebagai contoh, apabila menonton video klip Sung-bong, kesedihan menjalar dalam diri saya (perasaan), ini membuatkan saya berfikir akan kehidupan saya yang serba cukup berbanding kehidupanya yang serba kekurangan (proses kognitif). Hati saya berasa sangat sayu sekali, jantung berdebar-debar apabila saya tiap kali menghayati perasaan Sung-bong (perubahan fisiologi). Akhirnya, menitis jua air mata di kala mengenang kesedihan dan kesusahan hidup Sung-bong (perbuatan). Inilah yang dikatakan emosi. Pendefinisian ini dapat saya terima pakai, kerana selama ini saya hanya beranggapan bahawa emosi itu hanyalah berkait rapat dengan perasaan semata-mata. Akan tetapi tidak sekarang lebih-lebih lagi ianya melibatkan fisiologi tubuh badan seseorang yang mana berkait rapat dengan apa yang kami belajar dalam kursus perubatan.

            Seterusnya, emosi juga dikaitkan dengan motivasi. Tapi tidak secara keseluruhannya. Berdasarkan pengalaman saya, hal ini amat bernar dan sekali lagi logik. Bagi saya, semasa membuat persediaan menghadapi peperiksaan, emosi saya cukup bermain-main dalam diri. Perasaan takut pada gagal terutamanya, tapi ini berjaya membangkitkan semangat kerajinan untuk terus berusaha mengulang kaji pelajaran. Inilah motivasi yang saya maksudkan. Apabila kita dapat mengawal emosi dengan baik, insyaALLAH ia akan membantu kita dalam membina diri kita sendiri ke arah kejayaan serta kebaikan bersama. Kemudian kami di ajar berkenaan cara mengukur emosi. Bagi saya, tiap dari kita perlu ada indikator masing-masing untuk mengukur dalam usaha mengawal emosi. Contohnya, kita tahu bila masa kita akan marah atau terlampau marah. Jadi mudah bagi kita untuk mengawalnya agar tidak berlaku pergaduhan sebagai contoh. Dalam nota kuliah seterusnya, diceritakan berkenaan pembahagian emosi iaitu lisan dan pengkajian. Lisan adalah jenis penceritaan emosi dan perasaan yang dialami oleh diri kita sendiri manakala pengkajian adalah proses menilai secarang langsung dan terus menggunakan ukuran fisiologi. Beberapa teori telah dikemukakan seperti Teori Darwin, Plutchik, Tomkin dan Izard. 

Ingin saya mulakan dengan teori yang pertama iaitu, Teori Darwin yang menyatakan bahawa emosi terdiri daripada emosi asas yang mana ia diekspretasikan dalam bentuk sama ada semua budaya dan bangsa. Emosi asas atau ‘primary emotion’ adalah emosi yang bersifat penyesuaian. Dalam buku Darwin yang bertajuk "The Expression of the Emotions in Man and Animals", Darwin mengatakan bahawa eksperasi wajah melambangkan emosi kerana eksperasi wajah paling mudah dikenal pasti. Satu bukti yang menarik telah mengukuhkan penyataan ini, 16 soalan tentang emosi diedarkan kepada 36 bangsa yang berbeza dan didapati jawapan adalah sama. Teori-teori lain seperti Teori Robert Plutchik, Silvan Tomkins, Caroll Izard dan Paul Ekman juga menyatakan emosi asas menghasilkan emosi-emosi yang lain. 

Kesemua emosi yang wujud adalah gabungan antara emosi-emosi asas (Rolls, 1990). Plutchik pula menyatakan 3 teori bagi emosi asas. Melalui rujukan, apa yang saya dapat adalah, pertama merupakan bahasa emosi, kedua reaksi adaptif asas dan ketiga adalah demensi asas. Bahasa emosi pula boleh dipaparkan dalam 3 bahasa yang berbeza iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkah laku dan bahasa fungsian. Bahasa subjektif merupakan bahasa lazim bagi emosi seperti sedih, gembira dan takut. Bahasa tingkahlaku pula merujuk kepada apakah tindakan susulan dari emosi yang telah diransang seperti menangis dan menutup muka dengan tapak tangan disebabkan oleh perasaan sedih. Bahasa fungsian pula merujuk kepada bagaimana emosi itu berperanan kepada individu. Di dalam reaksi adaptif asas pula terdapat 8 reaksi iaitu takut, meluat, marah, terperanjat, gembira, sedih, terima dan rasa ingin tahu. Manakala terdapat 3 demensi penting di dalam demensi emosi iaitu keamatan, kesamaan dan kepolaran. Keamatan merujuk kepada darjah kekuatan emosi seperti dari terperanjat kepada takut. Kesamaan merujuk kepada hubungan atau perkaitan seperti marah dan sedih lebih dekat berbanding dengan marah dan gembira. Kepolaran pula merujuk kepada kekutuban seperti gembira lawannya sedih. Semua ini adalah hasil daripada kajian-kajian terdahulu.

Tamat disini sahaja, dan ingin saya menyimpulkan bahawa pengurusan emosi adalah khusus yang amat penting untuk dipelajari lebih-lebih lagi bagi pelajar perubatan yang bakal bergaul dengan masyarakat kelak. Sekali lagi saya tekankan penting bagi kita sebagai pegawai perubatan kelak mempunyai emosi yang stabil dalam usaha merawat pesakit-pesakit. Jadi manfaatkan apa yang kita dapat pelajari terutamanya apa yang kita dapat aplikasikan dalam kehidupan seharian. Wallahua’lam.   

Saturday, June 4, 2011

akU raSa BersaLah..

"huhuhu...
Bila mana Qalby mngukir kata...
Mungkin ada yang nk dibicara.."
"Ya ALLAH!!
hambamu minta pertolongan,..
ketenangan Jey diragut lagi..
resah gelisah hadir mngherdik Qalby..
pasti ada yg sesuatu yg x kena..."


Qalby faham akan kegelisahan Jey, Qalby kan sebahagian dari Jey..
 Bukan hanya Qalby, Jey. 
Tapi, sesungguhnya Dia juga Maha Mengetahui segala-galanya.
 Jey kena ingat, sesungguhnya ALLAH itu maha hampir dgn Jey, sedekat-dekatnyer..
xsedekat Qalby Jey sendiri pum, Dia maha mengetahui bisikan Qalby jua..
ingatlah Jey akan 
Firman Allah swt :- 
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yg dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat daripada urat lehernya"
(al-Qaaf(50:16)) 


"Jazakallah Qalby, kerna tetap mengingatkan Jey padaNya..
Moga Qalby pum sama.."


Qalby faham akan kegelisahan Jey, Qalby kan sebahagian dari Jey..
Jey xperlulaa sembunyikan keresahan itu..
keresahan yg berpunca dari kegagalan kan??
xusah berdolak dalih,..
Qalby tahu, kita kan dh menempuh pelbagai kegagalan bersama,.
dan setiap kali tiba waktu ketika itu,
pasti ketenangan Jey diragut..


huh!!..kegagalan..
Ini bukan soal akademik Qalby~
Ini soal kehidupan...
Tolong Jey, Qalby,..
Jey rasa bersalah..


Qalby faham akan kegelisahan Jey, Qalby kan sebahagian dari Jey..
Qalby tahu semuanya,..
tapi itukan diri Jey,..
sikap ingin menunaikan amanah itu kan lahir dari diri Jey..
Qalby yg cetuskan semuanya..
kenapa Jey perlu rasa bersalah..
itukan kewajipan..
Jey bukan bermaksudkan sesuatu yg luar dari landasanNya kan..
Qalby xfaham kenapa Jey perlu rasa bersalah..
Jey telah melakukan sesuatu yg tepat..
semuanya demi kebaikan teman sekeliling Jey juga kan..
ingatlah pepatah arab yg Jey pelajari dulu..
"Katakanlah yg BENAR walaupum ianya PAHIT.."


Tapi Qalby..
Jey tetap rasa bersalah..
ini melibatkan ukhwah!!..
Jey xmahu longgarkn ikatan itu Qalby..
dan..
sesungguhnya Jey telah pum terlanjur kata..
itu mungkin amat memedihkan..
mungkin jua akan melukakan..
Tolonglah Qalby..
Jey xmahu,..
Memang betul, Jey inginkan kebaikan dari setiap penjuru..
tapi bila mana ianya menimbulkan kemaslahatan yg lebih besar,..
Jey xmampu menanggungnya..
itulah punca keresahan ini..
Qalby pun tahu kan,.
Jey bukan mahir sngt berkata-kata..
mungundang binasa yaa Qalbyku..
Ingin sekali Jey mohon maaf atas segala-galanyer temanku..
maafkanlah Jey ya!!


Qalby faham kegelisahan Jey itu, Qalby kan sebahagian dari Jey..
Qalby rasa Jey sendiri tahu, apa yang terbaik buat Jey..
ingatlaa pada ALLAH Jey..
sesungguhnya, Dia yang maha pemberi segalanya..
keresahan itu juga dariNya..
ALLAH tahu apa yg terbaik buat hambanya Jey..
Bersabarlah..
Zikrullah Jey..
Firman ALLAH swt :-
"...boleh jadi kamu benci kepada sesuatu, padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan Allah jualah yang mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahuinya"
(al-baqarah (2:216)) 

"sesungguhnya hanya kemaafan itulah yg bisa merubat keresahan di hati"
Maafkan Jey atas kesilapan yg lalu...

Thursday, June 2, 2011

MuslimAh, beTapa MahaLnyer diKau~~


"Jey amat keberatan berbicara soal ini Qalby,..."
Perempuan. Tahukah kamu bahawa kamu itu sangat mahal?
Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunia ini adalah perempuan.
Percaya? Saya bukan nak main gula-gula di sini. Tetapi saya serius menyatakannya. Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunai ini adalah perempuan.

Mengapa?
Jika yang lelaki bertanya, saya mungkin memahami. Tetapi perempuan, jika kamu yang bertanya, maka saya kehairanan.
Apakah kamu tidak tahu megapa saya sayangi kamu? Adakah kamu tidak menyedari betapa istimewanya kamu?

saat dikandung
Aku dari rahim seorang perempuan

Kalau difikirkan semula, tiada lelaki yang dilahirkan selain dari rahim ibu melainkan Nabi Adam AS. Perhatikanlah Sultan, pemerintah, perdana menteri, laksmana, tentera, pegawai, jurutera, doktor, doktor falsafah, genius, semuanya dilahirkan dari perut seorang perempuan.

Saya, dari rahim seorang perempuan juga.
Tiada manusia dilahirkan hebat. Mereka semua dilahirkan sebagai manusia biasa. Tetapi biasanya manusia-manusia hebat ini mempunyai ibu yang hebat di sisi mereka. Yang mendidik dan memberikan suasana kepada mereka semenjak kecil.

Mengapa pula saya tidak menyayangi perempuan? Mengapa pula saya tidak mengambil berat terhadap mereka? Dari rahim mereka lahirnya pewaris masa hadapan!

Sekiranya saya membiarkan perempuan rosak, dirosakkan, merosakkan diri mereka, maka sama sahaja dengan saya membiarkan masa hadapan dunia hancur, gelap, kelam dan hitam.

Jangan lupa, dari rahim perempuan juga lahirnya penderhaka, penjenayah, perogol, pencuri, yang ingkar kepada Allah, pembohong, dan banyak lagi manusia-manusia yang mencorakkan dunia dengan kehitaman. Hatta Ariel Sharon juga lahir dari perut seorang perempuan.

Sekiranya perempuan yang menggendong masa hadapan dunia selama 9 bulan 9 hari ini rosak, di mana masa hadapan dunia?

Mustahil saya tidak menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan yang saya inginkan, melainkan perempuan juga menyayangi diri mereka dan menjaga peribadi mereka daripada perkara yang Allah larang dan murka.

Perempuan sayap kiriku

Saya hendak berkahwin dengan siapa? Mustahil dengan lelaki. Baik macam mana pun saya dengan Hafiz Zainol Abidin, Tengku Fahmi, mustahil saya akan berkahwin dengan mereka.

~suatu perkahwinan~
Saya akan berkahwin dengan seorang perempuan.

Mustahil saya tidak menyayangi kaum ini. Yang menjadi isteri-isteri dan pendamping kepada lelaki. Yang menjadi pengawal kepada segala rahsia seorang lelaki. Yang menjadi guru kepada anak-anak seorang lelaki. Yang menjadi penenang dan penyejuk mata serta pendamai jiwa seorang lelaki.

Kestabilan seorang perempuan, menjamin kestabilan seorang lelaki.

“Apabila enta bangun tidur dan melihat isteri enta di sebelah, enta akan merasakan keajaiban penciptaan Allah SWT” ~ Pakcik Rosdi. Dan dia berkata dalam keadaan tersenyum. Hidupnya bahagia dengan ketenangan isterinya: Cikgu Maimunah binti Hashim.

Maka mustahil saya hendak membiarkan perempuan rosak, dirosakkan atau merosakkan diri mereka sendiri. Kerana mereka adalah penjaga-penjaga lelaki di satu sisi. Suami-suami memerlukan isteri-isteri yang solehah, yang baik, yang taat kepada Allah dalam rangka hendak membangunkan ummah. Tidak dinafikan isteri-isteri juga memerlukan suami-suami yang baik. Tetapi bukan sedikit lelaki yang berubah kerana cinta seorang perempuan. Maka mengapa perempuan tidak mempersiapkan diri mereka lebih sedikit untuk mengubah seorang lelaki dengan cinta?

MasyaAllah.

Saya amat menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan saya melainkan perempuan menyayangi diri mereka sendiri. Menjaga diri dari kerosakan. Menjaga diri dari kemungkaran. Mempersiapkan diri menjadi hamba Allah yang taat. Buat apa yang disuruh, meninggalkan apa yang dilarang.

Maka amat menyedihkan saya jika…

Bila sayang, akan datang ambil berat. Semestinya demikian. Saya amat hairan kalau seseorang itu menyatakan sayang kepada si fulan: “Aku sayang sangat dengan kau” kemudian dia melemparkan si fulan itu ke dalam api. Mustahil itu adalah sayang.

Maka kerana sayang itu jugalah saya akan terluka apabila melihat perempuan-perempuan berkeliaran tanpa menutup aurat. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercedera apabila melihat ada perempuan-perempuan tidak menjaga maruah mereka dan berpeleseran dengan lelaki tanpa segan silu. Kerana sayang itu jugalah saya akan terasa apabila melihat perempuan-perempuan menayangkan akhlak buruk mereka. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercucuk dengan perempuan yang tiada rasa malu pada diri mereka.

Kalaulah perempuan tahu bahawa mereka memegang nasib dunia. Mereka bakal ibu dan isteri. Ibu kepada anak dan isteri kepada suami. Nyatakan kepada saya bagaimana mereka ini tidak memberikan kesan kepada dunia? Semestinya mereka ini memberikan kesan. Dan kesan yang diberikan oleh kamu wahai perempuan, bukannya sedikit bahkan besar.

Sudah wujud di dalam sejarah, kerajaan hebat jatuh kerana seorang perempuan. Sudah wujud di dalam sejarah, abid hebat jatuh kerana seorang perempuan.

Sebab itu saya sangat menyayangi perempuan dan sering memikirkan mereka.

Apakah perempuan-perempuan memikirkan diri mereka sendiri?

Penutup: Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Tetapi…

Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Bukan tujuan saya menulis artikel ini untuk disayangi perempuan. Tetapi tujuan saya menulis artikel ini untuk perempuan menyayangi diri mereka sendiri.

Maksud sayang pada saya adalah = Hendak masuk syurga bersamanya.

Maka kalau tak nak masuk syurga dengan saya, at least kamu kena lah rasa hendak masuk syurga dengan diri kamu wahai perempuan. Maka jagalah diri, persiapkan peribadi. Kamu pemegang masa hadapan dunia. Dan tiada yang memberikan kesan lebih besar terhadap dunia selain kamu wahai perempuan.

Kalaulah kamu tahu betapa sejuknya mata ini melihat perempuan-perempuan yang berakhlak. Kalaulah kamu tahu betapa senangnya jiwa ini melihat perempuan-perempuan yang pemalu. Kalaulah kamu tahu betapa seronoknya kalbu ini melihat perempuan-perempuan yang menutup aurat. Kalaulah kamu tahu betapa tenangnya diri ini melihat perempuan-perempuan yang menjaga batas pergaulan.

Wahai perempuan, tidakkah kamu memandang diri kamu berharga?

Maka jangan murahkan.

Siapkan dirimu untuk menggoncang masa hadapan dengan keimanan dan ketaatan.

Bukan dengan kehancuran dan kerosakan.

Sungguh, saya merayu di sini. Agar kamu mencintai diri sendiri.



"Qalby dah faham erti sayangkan perempuan,..""tapi jangan disalahertikan pula ye..""Jagalah Iman di dada, janganlah mudah tergoda..""Jey!..jagalah Qalby ye!!"

Wednesday, June 1, 2011

sahabat sejati~

Sahabat Sejati

Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

*kubiar pena menulis..merungkai segala hasrat di hati..namun aku juga mengerti segala yang terjadi itu sudah suratan ilahi..jika mana aku tersalah, terkasar bahasa. maafkanlah daku temanku..aku juga hanya insan biasa sepertimu yg xlengang dari kesilapan..walaupum ianya teramat nyata, cuba maafkn daku, anggaplah ia sebagai peri kejahilanku. aku kan cuba mengajar diri ini, erti kedewasaan agar aku bisa memahamimu..temanku~~



Monday, May 30, 2011

Virus Penghuni Hati

"satu artikel sahabat yg ana dapat dari fb yg sungguh inovatif...,"

Prnah tidak kamu buka komputer hati, dan menemui sebuah virus yang mengacau program-program dan file-file di komputer hati kita? Virus yang bagaimana? Virus yang sentiasa buat hati tidak tenang namun suka dan cemburu tapi cinta. Kalau pernah, pasti virus itu virus merah jambu. Nak tahu virus apa itu? 

Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati pada diri kita, dapat merambat ke seluruh network tubuh dan sangat sulit dihilangkan. Dari berbagai kes yang pernah ditemui, ternyata virus ini banyak ditemui pada usia-usia remaja sekitar umur belasan tahun. Lebih tepatnya virus ini banyak menjangkiti para TEENAGER yang tidak punya sistem pertahanan berupa software Iman. 

Tapi survey juga membuktikan bahwa walaupun remaja-remaja tersebut memiliki software Iman, namun kerana jarang membuka file C:ImanCintaIlahi.Exe atau file C:ImanRajinIbadah.doc yang berada dalam paket software tersebut, maka akhirnya remaja-remaja tersebut terkena juga dengan didahului pertahanan iman yang cenderung menurun , dan virus merah jambu tersebar ke seluruh komputer hati mereka. 

Next, kalau sudah begitu, apa yang terjadi? Maka mulailah virus ini bekerja mengacaukan sistem, program- program, dan file-file kita dengan selalu menampilkan gambar syaitan yang tertawa lebar, gembira melihat kegagalan kita meraih redha- Nya. Namun banyak juga yang suka dengan penampilan syaitan tersebut. Yang pada akhirnya virus ini membuat `hang' pusat sistem otak saraf dan akal mereka. Yang kalau itu terjadi, maka virus ini akhirnya dapat mengalahkan sistem otak saraf dan akal yang kita miliki. Me-nombor-satu-kan cinta pada sesama manusia, dan me-nombor-dua-kan cinta pada Ilahi. Tapi apakah itu semua dapat dicegah bagaimana caranya? 

Yang mesti kamu lakukan pertama, iaitu hilangkan dulu file-file yang dapat menjadi pintu masuk virus ini, misalnya file cintadunia.exe. Lalu memasukkan CD anti-virus yang berisi file sahsiah.exe yang akan membersihkan sedikit demi sedikit virus cinta sampai ke akar-akarnya bila file tersebut dijalankan. Kalau anti virus tersebut tidak berhasil, maka kamu perlu menginstall kembali software imanmu. Kamu boleh pergi ke pusat-pusat yang menawarkan installer iman. Atau kamu boleh beli CD installer berisi file Aqidah.exe atau Imankuat.doc. 

Kalau sudah berhasil diinstall, pastikan komputer hatimu bekerja dengan normal kembali. Dan supaya tidak berulang kembali, maka seringlah membuka file dakwah.exe dan ukhuwwah.doc agar hati kita sentiasa jernih dan tenang..

Berhati-hatilah semasa online ye Qalbu

Sunday, May 15, 2011

Aku&Kegagalan

Qalby pasti sayu bila berkata soal ini.. 
redup sayu mendatangi jiwa, terasa terseksa, dibuai bayu emosi yg tidak menentu dek kegagalan yg diterima..
aduhai...

"Ya ALLAH! kuatkan lah hatiku ini"..

Itulah yg mampu Jey ungkapkan, bila hati ini ingin merintis. Sesungguhnya, menghadapi sesuatu kegagalan itu pasti amat pedih. Lebih-lebih lagi jikalau ia melibatkan sesuatu yang amat penting dalam hidup kita. tapi apakan daya, apa yang dh berlaku, kita xbisa mengubahnya. msakan kita bisa mengubah sesuatu yg bermain dengan masa, kta x punya kekuatan syeikh!!..usah berangan-angan hendakkan bantuan doraemon. kembalilah ke alam yang nyata. 

Semuanya adalah ujian, ujian Tuhan, Allah yang maha penyayang kepadda hambanya. Dia, sang Pencipta, mahu melihat sejauh mana hambanya ini mengungatinya. masih kuatkah lagi diri ini??.. atau sudah terkulai layu dimamah kehampaan. Firman Allah S.w.t,

“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,” -Surah AlMulk : Ayat 2

"La Tahzan Jey, InnaAllaha maa' ana"
Kegagalan itu, satu ujian kehidupan yang mahukan kita agar bertambah kuat, serta sentiasa mengingati kembali asal kejadian hidup ini. Adakalanya, ia merupakan suatu peringatan kepada kesilapan. Jey terpikir, kegagalan yang dihadapi ini mungkin suatu balasan atas perbuatan Jey selama ini yang bayak terleka dek kefanaan dunia. Jey sedar, sering lalai daripada mengingatinya. Apabila ditimpa musibah sebegini rupa barulah kita terkapai-kapai mencariNya. Aduhai, adakah ini fitrah semulajadi manusia, yang hanya mencari tuhanya bila ditimpa musibah. Banyakkanlah bermuhasabah,bukan atas niat mencari kesilapan diri, tapi kerna firman Allah S.w.t ,

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” -Surah AsSyuura : Ayat 30

Kita mungkin tidak sedar adakalanya sesuatu yang kita buat selama ini, tidak disukaiNya. Ataupum ada masa dan ketika kita terlanjur, tapi syaitan telah memperdajalkan nafsu kita menghalalkan perbuatan itu. Kita mungkin tidak sedar. Jadi, itu gunanya muhasabah dan kegagalan ini sebagai peringatan ke atas diri Jey untuk menimbal balik apa yg telah Jey lakukan seharian suntuk menghadapi kehidupan. Mungkin ini suatu peluang yang Ar-Rahman telag sediakan, sebagai titik point untuk Jey berubah. Kita semua tidak tahu, itu semua adalah perancanganNya.. wallhualam~

"La Tahzan Jey, InnaAllaha maa' ana"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...