Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta?
Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta ALLAH.
Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana
mengharapkan keredhaan ALLAH.
ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu
boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt.
Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dapat
memudahkan kita mencintai ALLAH.
Sehubungandengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk ALLAH!.
Soalnya bagaimana?
Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih
memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan agamanya.
Sabda Rasulullah saw,
"Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya,
tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya" .
Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana ALLAH,
dgn tujuan untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan
soleh dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah & dapat
melaksanakan segala hukum dan perintah ALLAH swt. Semoga dengan perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya, kehormatan dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya
sentiasa tunduk dan takut pada ALLAH swt, di samping dapat beribadat dan bertaqwa kepada ALLAH SWT. Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat angjahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti
bukan kerana ALLAH.
Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa
kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya - Cinta Monyet!
Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada
hukum ALLAH yang dilanggar.
Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain.
Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang
melalaikan dan merugikan.
Maka, remaja tidak seharusnya mengeluh,
" Cinta apa namanya ini jika tiada dating, tiada perbualan telefon
maraton..atau bahasa remajanya 'bergayut', tiada surat cinta,
tiada sentuhan tangan, tanpa kerlingan dan senyuman?
Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan.
Putus cinta dan kecewa bercinta yang begitu dominan dalam
kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan. Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturanNya buat dengan rasa cinta terhadap hambaNYA.
Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti
akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga-empat pertama yang melahirkan cinta!
Ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH!
Man Ana!!
- Jey's Qalby
- Bila mana Qalby ingin berbicara, tiada apa yang mampu menyekatnya. Jey sedar Qalby ini masih belajar untuk mengenal dunia fana, pengajian yang akan kekal tidak kehabisan sebelum esok dijemput pulang kedunia Akhirat.. aKaN teTapi bila difikirkan bAlik. Jey mana pandai berkata2x,apatah lagi meluahkannyer.sO, Jey cuba sedaya upaya, bila mana Qalby tatih ingin berbicara. Di situ Jey datang meninta kata2x.. Mungkin ia bukan dari Jey sendiri, tapi as long as Jey dapat menulis. Ia buat Qalby Jey rasa lega.. yaALLAH.. berilaa kekuatan dan jagalah Qalby jey ini agar tidak terpesong dari jalanMu...
Qalby oh Qalby...
Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir


0 comments:
Post a Comment